Monday, May 22, 2017

9m2mdx Great Dxer From Alor Gajah, Melaka


9m2mdx Nazmi adalah satu lagi tanda panggilan yang tidak asing lagi dalam dunia radio amatur. Khususnya dalam aktiviti radio contest. Beliau telah mendapat pelbagai kejayaan manis dalam arena radio sport ini. Bermula dengan callsign 9W2GSG, Beliau telah menyertai contest pertama beliau iaitu pada tahun 2013 dengan tanda panggilan 9M4SG dan memperoleh kejayaan manis iaitu mendapat tempat pertama di dalam Malaysia dan tempat kedua di dalam Asia bagi kategori Multi-Operator Multi-Transmitter dalam CQWW WPX 2013 SSB


kemudian, dengan berbekalkan pengalaman yang ditimba semasa menyertai pasukan 9M4SG, Nazmi 9W2GSG pada masa itu turut mencuba nasib beliau di dalam CQWW WPX 2014 SSB. Kali ini sebagai Single Operator Single Band Low dan memilih band 10m sebagai medan pertarungannya.
 
Dalam contest tersebut, beliau mendapat tempat kedua dalam Malaysia dan tempat ke 12 dalam Asia. Namun ianya tidak langsung mematahkan semangat beliau dalam arena ini. Dengan semangat darah pahlawan yang mengalir disetiap pembuluh darah beliau, Nazmi 9M2MDX pada masa itu berjaya menebusnya dengan mendapat tempat pertama di dalam CQWW 2014 SSB.
Beliau meneruskan kecemerlangan beliau lagi dalam CQWW CW 2014 dengan mendapat kedudukan pertama di dalam Malaysia bagi kategori Single Operator Low Power bagi band 10m.
Sehubungan dengan kejayaan beliau itu, Pengurus pasukan 9M2M iaitu 9M2GET Hairie telah meminang beliau dan membawa beliau ke Utara Semenanjung Malaysia bagi menyertai pasukan contest dari Arau iaitu 9M2M. Pilihan pengurus 9M2M memang tepat, Nazmi 9M2MDX telah berjaya membantu pasukan 9M2M di dalam contest CQWW CW 2015 dan melakar kejayaan manis dengan mendapat kedudukan pertama di dalam Malaysia.

Percaturan yang direncanakan oleh pengurus 9m2m itu amat tepat sekali. Pilihan mengambil 9M2MDX sebagai ahli keluarga 9M2M juga adalah satu keputusan yang paling tepat di dalam dunia. Memang sudah ditakdirkan yang 9M2MDX ini akan bertemu jodoh dengan 9M2M. Selain daripada pasukan 9M2M, Nazmi juga dengan penuh kecemerlangan membantu pasukan tanahair beliau sendiri iaitu 
9M2SI dan 9M4SG di dalam dua contest iaitu CQWPX SSB 2015 dan CQWW SSB 2015 dan berjaya mendapat tempat pertama bagi kedua-dua contest tersebut. Nampak tak kehebatan Nazmi... dimana sahaja ada Nazmi, disitu ada kejayaan. Kawan salute sama Nazmi Julaini 9M2MDX.


Aura kehebatan beliau diteruskan lagi, pada tahun 2016... Nazmi Julaini sekali lagi membantu pasukan 9M4SG di dalam CQ WPX 2016 SSB dan berjaya mendapat tempat pertama di dalam kategori Single Operator All Bands pada contest tersebut. Beliau sememangnya seorang operator radio yang cukup berpengalaman dan hebat di dalam dua mode sekaligus iaitu mode CW dan mode SSB. Memang terbukti kehebatan beliau. Kehebatan dan kecemerlangan beliau terus memuncak lagi dengan satu lagi kejayaan yang amat luar biasa.

9m2mdx
Kali ini di dalam Oceania Contest, Nazmi 9M2MDX telah mencoret satu kejayaan yang amat manis dan saya pasti ianya akan terpahat di dalam sanubari sampai bila-bila. Dalam contest tersebut, Nazmi telah mendapat tempat pertama di dalam Asia bagi kategori single operator 20m. Suatu kejayaan yang amat manis dan bermakna sekali. Amat bermakna bagi kami kerana #1 di dalam asia ini adalah kejayaan seorang anak muda dari Alor Gajah, Melaka dan ianya adalah hasil daripada tungkus lumus dan kesabaran beliau dalam menghadapi cabaran contest yang penuh dugaan dan cabaran ini.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada 9M2MDX di atas kejayaan beliau di dalam Oceania DX Contest 2016. Semoga kejayaan terus cium beliau bagi tahun-tahun yang akan mendatang. Teruskanlah kecemerlangan ini demi kelangsungan radio-sport Malaysia. Jika bukan anda, siapalah lagi. 73 9m2zak.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d