Wednesday, July 28, 2010

Is the Morse Code Obsolete?

Bagi yang baru-baru hendak berjinak-jinak dengan radio amatur ini sering menanyakan soalan ini: "Bukankah Morse code dah tak pakai lagi sekarang ni? kan dah ada internet dan handphone, buat apa nak susah-susah?"

Untuk menjawab soalan di atas, apa kata kita balik semula pada tahun 1912, pada masa itu tidak ada yang menolak untuk belajar belajar morse kod. Pada masa itu, jika kita tidak tahu morse kod kita tidak boleh mendengar dan memahami, apalagi berkomunikasi dengan wayarles kerana pada masa itu hanya mode itu sahaja yang digunakan untuk berkomunikasi. Ianya bagaikan kegilaan pada masa itu, sama macam sms sekarang.

Tapi pada hari ini? ada yang menolaknya kerana tak relevan katanya dan menyusahkan. Hmm...hmm.....Kenapa? Tidak hanya pada Old Timer, tapi bagi pendatang baru macam kami ini, cw ini ada keunikkannya sendiri dan untuk menerangkan atau menzahirkannya itu agak sukar kerana perasaan itu hanya hadir apabila tangan mula menyentuh key atau paddle. Inilah dilemma yang dialami oleh semua 9m2 - 9m2. Hasilnya, mereka akan digelar sombong dan BERLAGAK!!! tetapi ia adalah sebaliknya. percayalah...

Ini adalah kerana ada pengendali radio yang menemui kepuasan dan sense of pleasure dalam berkomunikasi dengan cara ini dan ianya juga satu cara yang sangat baik untuk merehatkan diri, salah satu cara untuk melupakan sekejap masalah - masalah dunia dan ianya benar-benar dapat menyerapnya kerana kita berada dalam dunia sendiri, dunia yang tidak kenal apa itu warna kulit, yang tidak kenal apa itu politik, dan segala macam masalah dunia. Akhirnya jiwa kita akan rasa tenang dan keyakinan diri semakin meningkat. Percayalah...

Kod morse ini juga ada nilai praktikalnya atau practical value apabila mode - mode lain mengalami masalah statik atau QRM tinggi. Ia dapat tembus atau melalui qrm - qrm ini dengan mudahnya. Bagi mode ssb dan yang lain, ia agak sukar dan mungkin agak susah untuk mendapatkan contact.... saya rasa semua pengamal radio amatur tahu perkara ini...
Inilah sebabnya mengapa ada juga penggemar yang suka bekerja pada kuasa yang rendah (QRP) kerana mereka mendapati bahawa ianya lebih jauh hebat dan lebih unggul dari ssb. Lebih hebat lagi, ada yang buat sendiri rig untuk QRP ni....hebat..hebat...

akan bersambung lagi...

73, 9m2zak



Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d